9/13/2009

Persiapan Raya Aidilfitri 2009

Kalau nak sambut Hari Raya, tak sah kalau tak ada sangkut paut dengan membeli belah. Oleh kerana Aidilfitri dah nak tiba, lebih kurang satu minggu je lagi, jadi babah dengan family sempat jugaklah membeli belah di sekitar KL nih. Minggu depan hari Jumaat dah nak balik Kuala Sanglang, Kedah. Kampung halaman tercinta. Wah wah wah, rindunya sawah bendang. Adriana kalau balik sana, mesti nak kena bawak dia naik moto ronda-ronda kampung. Wah tak dapat nak dibayangkan. Tahun lepas beraya di kampung, Adriana masih dalam perut mummy dia lagi. Sekarang Adriana dah cecah 10bulan. Kejap yer ek. Raya tahun lepas tak seberapa sangat persiapan, sebab mummy dia sedang sarat mengandung. Jadi kali ni mentang-mentang gigi Adriana dah ada dua batang bawah, 1 batang atas, apa lagi mummy dia, tak hengat punya shopping. Jadi kat bawah ni sedikit sebanyak barang-barang yang dikumpul sepanjang shopping sepanjang bulan posa nih.


Ini Persiapan Raya Aidilfitri 2009 Azuwan & Family

Ini adalah barang-barang yang sempat dishopping.

Baju Babah Adriana

Ini baju dan seluar babah Adriana untuk sambut raya. Hehe..
Orang tua pun sibuk nak beraya jugak. Kalah anak. Ini beli dekat Isetan KLCC.

Alat Solek Mummy Adriana

Ini kasut Raya Adriana. Kasut dia sama macam kasut mummy dia. Beli dekat Nike KLCC.

Ini Garmin Nuvi 255W Babah Adriana Punya

Ini gadget babah Adriana lah. Garmin Nuvi 255W. Di beli kat seller from lelong.com.my.

Ini Nokia N97 32G Mummy Adriana Punya

Ini henpon mummy Adriana. Nokia N97 32G. Beli dekat Carrefour Wangsa Maju.

Semua barang-barang ni beli sebagai tanda ucapan terima kasih kepada diri sendiri sebab penat lelah mengendalikan Adriana Shoppe a.k.a Kedai Nana. Jadi ada untung sedikit sebanyak, belilah apa yang patut.

1 comments:

mummy_adam said...

wah, cute nyer kasut adriana n mummy sama :)

Post a Comment