9/30/2009

Adriana Wajah Ketakutan

Adriana Ke Nih?


Apa perasaan anda bila melihat gambar nih? 1st sekali lepas bini shoot gambar nih, aku tengok balik dalam skrin kamera, HAHAHAHAHA itu yang aku gelakkan... manatak nya... Cuba korang tengok gambar nih... muka dia nak kata macam takut pun ada, macam sedang ready pun ada, macam sedang nak terjun pun ada... Siap rambut terpacak lagi...


Gambar ni kitorang snap kat Padang Besar, sewaktu gi shopping sebelum raya. Adalah beli sikit-sikit barang keperluan. Time ni dah nak balik dah. Kitorang main snap je apa yang kitorang jumpa.. Sehinggalah nak pergi masuk dalam kereta, ternampak lah pick up tu sedang parking dekat-dekat kereta kiotang. Lepas tu sajalah main letak dia kat situ. Sekali Adriana buat muka camtu. Huhu.... Apalah Adriana nih... Tak gentlewomen langsung.. hehhe

9/13/2009

Persiapan Raya Aidilfitri 2009

Kalau nak sambut Hari Raya, tak sah kalau tak ada sangkut paut dengan membeli belah. Oleh kerana Aidilfitri dah nak tiba, lebih kurang satu minggu je lagi, jadi babah dengan family sempat jugaklah membeli belah di sekitar KL nih. Minggu depan hari Jumaat dah nak balik Kuala Sanglang, Kedah. Kampung halaman tercinta. Wah wah wah, rindunya sawah bendang. Adriana kalau balik sana, mesti nak kena bawak dia naik moto ronda-ronda kampung. Wah tak dapat nak dibayangkan. Tahun lepas beraya di kampung, Adriana masih dalam perut mummy dia lagi. Sekarang Adriana dah cecah 10bulan. Kejap yer ek. Raya tahun lepas tak seberapa sangat persiapan, sebab mummy dia sedang sarat mengandung. Jadi kali ni mentang-mentang gigi Adriana dah ada dua batang bawah, 1 batang atas, apa lagi mummy dia, tak hengat punya shopping. Jadi kat bawah ni sedikit sebanyak barang-barang yang dikumpul sepanjang shopping sepanjang bulan posa nih.


Ini Persiapan Raya Aidilfitri 2009 Azuwan & Family

Ini adalah barang-barang yang sempat dishopping.

Baju Babah Adriana

Ini baju dan seluar babah Adriana untuk sambut raya. Hehe..
Orang tua pun sibuk nak beraya jugak. Kalah anak. Ini beli dekat Isetan KLCC.

Alat Solek Mummy Adriana

Ini kasut Raya Adriana. Kasut dia sama macam kasut mummy dia. Beli dekat Nike KLCC.

Ini Garmin Nuvi 255W Babah Adriana Punya

Ini gadget babah Adriana lah. Garmin Nuvi 255W. Di beli kat seller from lelong.com.my.

Ini Nokia N97 32G Mummy Adriana Punya

Ini henpon mummy Adriana. Nokia N97 32G. Beli dekat Carrefour Wangsa Maju.

Semua barang-barang ni beli sebagai tanda ucapan terima kasih kepada diri sendiri sebab penat lelah mengendalikan Adriana Shoppe a.k.a Kedai Nana. Jadi ada untung sedikit sebanyak, belilah apa yang patut.