2/14/2011

Peristiwa hari Jumaat, 11.2.2011

Kelakar.. lawak.. (dan mungkin juga membodohkan diri sendiri)

Kesian!!!



Ludah ke langit, terkena muka sendiri..kuang kuang..


KARMA :
Akhirnya, usai sudah semua..ku dapat tertawa..Bahagia..
&

Sia-sia.. memang kau pantas dapatkan!


|| mari gelak beramai-ramai..hahahahahahahaha ||

2/08/2011

8th February 2011

owh..

3tahun sudah..
Alhamdulillah.. Syukur kepada Allah atas kenikmatan dan cinta yang dipinjamkan ini.. Semoga ianya berterusan sehinggan 'ke sana' nanti..

Teringat kembali, pada tarikh ini, 3tahun yang lepas. Selepas solat Asar hari Jumaat.. Dengan sekali lafaz, diri ini sah menjadi hak mutlak dirinya..

Sepanjang 3tahun sama-sama melalui onak dan liku, turun dan naik, kemarau dan bah.. alhamdulillah, kami semakin matang.. Bumi mana yang tak ditimpa hujan. Dan bohong sangat jika dikatakan kami langsung tidak pernah 'tersilap'...

Namun diri ini sangat-sangat bertuah, kerana si dia yang di sisi..bukan orang lain..si dia yang sangat penyabar, dan tabah melayan kerenah si isteri yang kadang-kala sukar diduga..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Sempena anniversary tahun ni, mummy ada la wat suprise yang takde la suprise sgt kot! Ni pun last minute plan sebab takleh nak cuti. Almaklumlah, cuti panjang doh last week..

Tapi masa last week kan we all g cameron.. Mummy ada la bg hadiah.. Sebenarnya tu hadiah cover sbb tak mau babah ni leh hidu plan mummy.. Ala, hadiah tak seberapa sgt pun.. Nasib baik la Ralph Lauren Malaysia masa tu sale.. Tu pun dah hujung-hujung, so tak de la banyak pilihan terutamanya untuk size cam babah ni..hehe, so mummy sebatlah yang pink ni..cute la..matching ngan mummy punya baju jugak! suke..suke =P


Ok, so untuk hari 'kejadian' iaitu harini la kan..mummy ada plan la beberapa plan.. Memula plan dengan kawan lelaki babah yang jugak satu opis ngan babah..tetiba teringatlah, rupa-rupanya kawan kaklong mummy, pun keje satu department ngan babah n mummy dah lama kenal ngan kawan kaklong tu. Alhamdulillah, Kak Sinah tu siap sanggup nak surveykan bunga lagi! thanx sgt2..best..

Bincang punya bincang..sms bagai..so Kak Sinah ni jumpa la kedai yang leh tolong antakan terus ke meja opis babah..wah, dah terbayang dah 'ke-best-an' itu.. Kak sinah cakap nanti kalo nak bagi hadiah, bagi malam so that dia leh bg awal2 hadiah tu kat kedai tu..kiranya nanti org kedai anta bunga sekali hadiah la..Suprise abes la konon-konon!

Malam semalam puaslah mummy pikir nak cakap apa ngan babah masa nak kuar tu.. Last-last mummy cakap nak g bank, walhal mummy g umah kak sinah..Takpe, bohong sunat..arini dah mintak maaf dah! =P

Hadiah yang kali ni plak beli kat Ralph Lauren US..sbb kalo beli kat Malaysia, mmg tak dapek lor kotak yang cun melecun tuh..Tu pun terlambat beli, tapi Alhamdulillah..niat murni seorang isteri, Allah tolong..sampai sangat-sangat tepat pada waktunya.. Memula tu cuak gak ingat tak sempat..

Inilah bentuk suprise itu.. Babah cakap kecoh gak la tadi..hehe, i loiiikkkeeee!!!


And malam, we all kuar dinner kat Rumah Thai.. Konfem la makan tomyam sebab kami berdua ni memang gile tomyam..kalo ari2 makan luar, ari2 la order tomyam..hehehe..

TQ babah!

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



[warkah untuk suamiku]


Wahai suami, terima kasih kerana kamu sentiasa menjadi yang terbaik untuk diri ini..dan maafkan isterimu kerana masih tidak mampu menjadi sempurna di matamu..

Terima kasih atas pengorbananmu selama ini.. Dan terima kasih atas pertolongan serta tunjuk ajar..Terima kasih kerana sentiasa memahami keletihanku kerana kita sama-sama berusaha untuk mencari sesuap nasi.. Terima kasih kerana sentiasa mengingati bahawa anak yang telah ku lahirkan bukanlah anakku seorang.. Terima kasih kerana memahami jiwaku sering berkelodak dek kerana seorang perempuan itu terlalu banyak berfikir menggunakan nafsunya daripada akalnya.. Dan terlalu banyak lagi terima kasih ini..

Terima kasih kerana sentiasa sudi berpecah peluh bersama-sama di dapur demi untuk menyiapkan hidangan kita bersama.. dan ianya sungguh membahagiakan hati ini..

Terima kasih kerana sudi membantu membereskan kerja-kerja rumah seperti menyapu, mmembasuh, mengemas.. dan ianya sungguh meringankan bebanku..

Terima kasih kerana tidak pernah gagal untuk menyanyangi cahaya mata kita.. menyanyangi dia bukan dengan hati semata-mata, malah dengan perbuatan.. Terima kasih kerana tidak pernah gagal untuk membancuh susu setiap kali dipinta oleh sikecil walaupun di tengah malam sewaktu sedang enak dibuai mimpi..terima kasih kerana tidak pernah lupa untuk menukar lampin si jantung hati setiap malam sebelum tidur..terima kasih kerana sanggup memandikan si manja setiap hari cuti..

Dan terlalu banyak sekali............

Terima kasih sayang, tak mungkin ku akan jumpa lelaki sesempurna mu ini..

Sayang,
terima kasih atas kebahagiaan yang belum pernah tercalar ini..
terima kasih atas kesetiaan yang tidak pernah dicurangi..
terima kasih atas kasih sayang yang tak berbelah bagi ini..

Terima Kasih Cinta!!

Semoga ianya kekal abadi..

2/02/2011

Pre-Anniversary Celebration

Maaf..
Ringkas sahaja..
Kesuntukan masa...




Insyaallah..

8 Februari 2011 ni genaplah 3tahun usia perkahwinan mummy n babah. Dan Alhamdulillah, mummy sangat-sangat beruntung mendapat seorang suami yang sangat baik, sangat setia, dan sangat penyayang.. Terima kasih sayang atas kebahagiaan yang tidak pernah tercalar ini.. Dan mummy mintak maaf kerana mummy masih belum lagi dapat menjadi seorang isteri yang sempurna!

Memandangkan cuti menjadi lebih panjang jika diambil pada minggu ni, so babah ckp kite celebrate trus la.. Takde la 'btul2' nyer celebration.. Cuma cuti bersama-sama.. Super short vacation.. Tapi seriously, mummy sgt2 happy and puas hati kow2.. Thanx syg!

Terimalah hadiah yang tak seberapa dari mummy ni.. Sorry takde ape yang menarik thn ni.. Harap babah suke!



Gamba-gamba di percutian tu akan diupload kemudian!

Tungguuuuuuuuuuuuuu!!